Zaman memilih pekerjaan sudah berlalu. Sekarang ini lambakan graduan yang menganggur semakin bertambah sama ada di kalangan graduan lepasan diploma mahupun graduan lepasan ijazah. Malahan graduan Sarjana juga boleh dikatakan "bersepah-sepah". Situasi bertambah teruk apabila pemberhentian pekerja oleh syarikat meningkatkan jumlah persaingan pencari pekerjaan yang tetap dan menjamin masa depan.
Bagaimana untuk bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang terbaik?
1. Sentiasa mengekalkan prestasi cemerlang di sepanjang persekolahan. Murid perlu mengekalkan momentum peningkatan dalam prestasi akademik setiap masa kerana terdapat pihak yang menawarkan biasiswa perlu membuat penilaian murid bermula dari tingkatan empat disebabkan persaingan yang semakin sengit.
2. Berusaha mendapatkan tajaan dan biasiswa di peringkat nasional. Murid perlu memperoleh sekurang-kurangnya gred A untuk semua subjek yang diambil semasa SPM.
3. Memilih bidang yang kritikal dan berkeperluan tinggi dalam negara. Murid perlu bijak memilih bidang pengajian yang selari dengan kehendak dan keperluan industri di dalam serta luar negara.
4. Menyediakan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan serta mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi merangkumi sikap, softskills, dan menguasai kemahiran komunikasi dengan baik.
5. Aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan mendapatkan sijil-sijil pengiktirafan dan penghargaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa kerana markah merit yang diberikan sangat penting dalam persaingan untuk mendapatkan biasiswa, memilih bidang pengajian seterusnya mendapatkan pekerjaan.
Jika entri ini bermanfaat, jangan lupa share kepada rakan2 anda di media sosial ye dan jangan lupa follow blog ini. Terima kasih


Post a Comment