Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera buat semua murid SAKURA. Selamat bercuti diucapkan kepada semua murid Einstein, Curie, Edison, Newton dan juga Galileo.
Namun begitu, cuti persekolahan bukanlah bererti anda bercuti mengulangkaji pelajaran sepenuhnya. Buat jadual harian dan bahagikan masa dengan baik supaya masa tidak dibazirkan begitu sahaja. Luangkan masa semasa cuti persekolahan dengan aktiviti yang bermanfaat seperti beriadah bersama keluarga, bersenam, menghadiri kelas tuisyen, melakukan online study group bersama rakan-rakan, membersihkan kawasan tempat tinggal dan sebagainya.
Perjuangan anda belum selesai!
Kepada Galileo iaitu Agathum1620, teruskan momentum dan semangat yang tinggi bagi persediaan menempuhi SPM 2020 yang bakal berlangsung pada bulan Februari tahun hadapan.
Sebagai peringatan, berikut merupakan tarikh penting untuk Penggal Persekolahan Tahun 2021.
***Agathum1620 perlu rujuk tarikh terkini yang diberikan oleh pihak sekolah.






إرسال تعليق